24 December 2010

Pelajar dapat semua A meningkat


JOHOR BAHRU 23 Dis. - Seramai 3,575 atau 6.73 peratus pelajar di negeri ini berjaya memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 yang diumumkan hari ini.
Jumlah tersebut meningkat sebanyak 0.61 peratus berbanding 6.12 peratus tahun lalu atau 3,308 calon yang mendapat keputusan cemerlang.
Pengarah Pelajaran negeri, Markom Giran berkata, pencapaian calon PMR tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.
"Ini berdasarkan kepada ukuran yang dibuat mengikut pencapaian keseluruhan berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu," katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan PMR 2010 di Dewan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), di sini, hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 15 sekolah mencapai 100 peratus calon lulus berbanding 16 buah sekolah tahun lalu.

Antara sekolah yang berjaya mencapai keputusan lulus 100 peratus adalah         Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru; Sekolah Menengah Sains (SMS) Johor, Kluang; SMS Kota Tinggi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail dan Sekolah Seni di Johor Bahru.

-> congrats kepada budak Form 3 SSI Batch 2010 kerana mendapat result cemerlang  ;)
straight A's seramai 134 org out of 200 org
9A seramai 19 org


stressed stressed , stuck with homeworks   >.<

No comments:

Post a Comment