Topik harini berkenaan dengan Rokok & Shisha
seriously aku benci orang yang hisap rokok dgn shisha . nak tau kenape ? sebabnye kaaan , orang yang hidu asap rokok adalah lebih berbahaya drpd orang yang hisap rokok dok watlek tak hirau orang sekeliling . selalunye kalau kite nak detect orang yang hisap rokok ni senang je , kuku die mesti hitam , bibir pun hitam , then kalau dekat mesti berbau busuk euww hilang kehensem-an~ aku harap bakal suami aku tu tak hisap rokok/shisha . aku rase mostly girls tak suke kepada perokok , mcm Nina , entry baru ni pun die ade brcakap psl rokok
tapi kat sini aku nak tekankan pasal Shisha , sbb rokok tu dah fimiliar sgt kaaan . ramai orang akan cakap rokok tak same dgn shisha and shisha tak haram . tapi bagi aku , rokok dengan shisha tu same je , dedua kena hisap masuk tekak keluar kt hidung errr -,-
ade ditegaskan dlm blog INI , yang hukum shisha tu same je dgn rokok iaitu HARAM sebab kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak . Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kita drpd melakukan perkara yang boleh memudaratkan kesihatan badan .
kebanyakan kedai mamak menyediakan shisha sebagai tarikan untuk anak remaja yang suke melepak tak tentu arah . dieorg tak sedar tentang buruknya hisap shisha ni, mamak tu lagi lah mane ade pikir tentang nyawa & kesihatan korang , dieorg cume pikir keuntungan . shisha mengandungi tembakau , nikotin, tar, karsinogen, arsenik, kromium dan plumbum . setahu aku kalau carcinogenic tu bercampur dengan red blood cell will causes difficulties in the transport of oxygen through out the body.
mungkin ade yang certain akan cakap camnih :
“Gua first time sedut shisha, gua layan sampai pening beb. Maklumlah, first time lah katakan. Itu yang pening tu.”
tapi sebenarnya karbon monoksida yang trkandung dlm shisha tu yg menyebabkan central nervous system tergendala.
“Siapa kata shisha bahaya? Takde efek lah. Nikotin 0.5%, tar 0%. Sikit pun tak bahaya.”
memanglah shisha tidak mengandungi tar tetapi ia menghasilkan tar ! kajian menunjukkan bahawa
Setiap sesi menghisap shisha biasanya berlangsung selama 40minit dan mengandungi antara 50-200 sedutan . setiap sedutan pula mengandungi 0.15-0.50 liter asap . menurut World Health Organisation dan American Cancer Society , sepanjang kira-kira 1 jam sesi shisha , pengguna menyedut 100-200 kali asap kira-kira 70% lebih nikotin berbanding merokok
alhamdulilah ayah aku bukan perokok , dan aku harap sesape yang hisap rokok/shisha tu , segeralah berhenti . tapi kalau korang nak mati cepat jugak , silakan hisap benda tu lagi dan lagi -,- semoga sesiapa yang terjebak ke kancah rokok/shisha nih bertaubat, siapa makan cili dia rase pedas . Allah kurniakan akal untuk kita berfikir so lu pikirlah sendiri ye. selalunya kalau aku lalu kt sebelah orang yang tengah hisap rokok , aku akan tutup hidung sbb taknak mati cepat , lagipun bau die euwww busuk ! shisha tu lagi lah merepek , berperisa segala bagai -,-
Firman Allah :
ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث
Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)


No comments:
Post a Comment