aku nak share karangan si Nadia kt sini , Syefah kite copypaste dr blog awk tau :D
seriously aku rasa nak berguling-guling baca karangan si Nadia , kalau korang kenal semua watak dalam karangan dia, konfem korang pun akan berdekah jugak , ada certain ayat dia agak kurang ajar ye hahahaha
Suasana yang mulanya tenang kini bertukar menjadi tegang . Orang ramai segera meluru ke tengah padang untuk menyaksikan kejadian tersebut . Tiba-tiba kedengaran seorang lelaki menjerit meminta pertolongan. Makin lama, makin kuat jeritan itu. Pihak yang berkuasa membawa pemain bola sepak tersebut ke hospital yang berdekatan untuk dirawat .
Oh ya, namaku Naqib . Aku ialah peminat setia Izzat Daruis. Beliau ialah pemain bola sepak yang sangat terkenal dengan kehandalannya. Sejak aku berumur 6 tahun, abangku Kamal telah mengajar cara-cara bermain bola . Sehingga kini, umurku sudah mencecah 17 tahun dan abangku telahpun meninggal kerana menghidap penyakit kulit. Hidupku hanya bersama nenekku yang tersayang Nenek Anis.
Beberapa minit kemudian, perlawanan bola tersebut dijalankan seperti biasa. Namun, Izzat Daruis tidak ku lihat. 'Ting Ting!' tanda bunyi pengumuman. " Pemain bola sepak Encik Izzat Daruis tidak dapat menyertai atas kecederaan di kaki beliau yang terseliuh semasa perlawanan baru-baru ini. Dengan ini, Encik Izzat Daruis digantikan dengan rakan baiknya, Basit Ismail yang baru memasuki pasukan ini. Dipersilakan Encik Basit Ismail ! "
Orang ramai memberikan tepukan yang gemuruh kepada pemain bola yg baharu tersebut. Menurut rakanku , Amirah, Basit Ismail ialah seorang pemain bola sepak yang agak lemah. Beliau sering cuai dalam perlawanan.
Selama 1 jam perlawanan itu berlangsung, tiba-tiba Encik Izzat Daruis hadir. Orang ramai sangat terkejut termasuk aku. Semangat aku untuk menonton perlawanan bola sepak telah kembali. Menurut pengumuman tersebut, Izzat Daruis telah kembali untuk menyertai perlawanan tersebut. Kakinya sudah beransur pulih namun masih memerlukan sedikit rawatan. Aku berasa sungguh terharu atas tindakan yang Izzat Daruis lakukan.
Perlawanan sudahpun tamat. Aku dan rakanku yang tersayang, Amirah pulang bersama. Aku menerima satu pengajaran daripada tindakan Izzat Daruis " Jangan pernah berputus asa walaupun dalam keadaan yang sangat lemah dan sakit "
As Syefah said, watak paling kesian dalam cite ni ialah Basit and Kamal hahahahaha dan kalau Encik Izzat Daruis baca ni , mesti dia kembang gilaaa haha :p
No comments:
Post a Comment